Tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui ujian dan dugaan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama insan dan hanya hati yang pernah diduga sahaja yang mampu menghargai apa yang telah disuratkan oleh Illahi.

Tuesday, January 13, 2009

TAKDIR PENENTU by Mirwana

Dikau …membuat hidupku ceria
Dengan senyummu ku memuja kebesaran
Tuhan Yang Maha Esa

Bahgia..ku rasa tika bersamamu
Tiada apa yang dapat digambarkan
Membawa sinar baru

Janjimu kepadaku
Sentiasa disisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu

Namun…kan ku teruskan hidup ini
Kan ku buktikan segala cita dan janji
Suatu hari nanti

Janjimu kepadaku
Sentiasa disisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu

Sukar untuk kutemui lagi
Insan mulia yang sejati
Suka dan duka bersama kita lalui

Namunku kan terus
Cita kita janji kita
Walau kau tiada di sisiku lagi
Menempuhi segalanya
Kan ku teruskan jua
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu

renungkanlah...Realiti Subuh Masa Kini oleh oleh ibnu_dzulkhefli

Subuh.. Sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Namun, kemerduan suara itu seolah-olah mendodoikan aku yang sedang lena diulit mimpi. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Tapi, Dwi gabungan pakatan kejahatan, syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telingaku, disumbatnya rongga telinga itu dengan bisikan-bisikan jijik, "Alangkah enaknya kalau kau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah.. Kau penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari sesuap nasi.. Apa salahnya kau berehat sedikit?"

Biasa dengar alasan ini? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku? Usah tipulah. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai kawan bernama syaitan.. Punyai hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini. Syaitan bukan setakat bertepuk tangan, bersorak, menari, berguling, ketawa meraikan kecemerlangan mereka. Usaha mereka membuahkan hasil. Muslim tadi kembali menarik kulit babi yang tadinya terselak sedikit. "Biarlah.. Aku penatlah hari ini.."

Disatu tempat yang lain, sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Kemerduan itu bagaikan hembusan yang amat kuat menerpa telingaku. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Lalu, aku bingkas bangkit. Digosok-gosok mata ini. Terkebil-kebil ke kiri. Terkebil-kebil ke kanan. Alhamdulillah. Syukur. Allah tiupkan roh ku kembali pada tubuhku. Lenguh rasanya badan ini. Sengal di sini. Sengal di sana. Penatnya seharian berkerja semalam masih tak hilang lagi. Pakatan tanpa senjata itu muncul lagi, Syaitan memulakan rutinnya seperti biasa. "Dah tahu penat tu tidur jelah. Rehatkan dirimu dulu wahai manusia. Badanmu lenguh, penatmu masih belum hilang lagi. Tidurlah dulu. Kemudian bangunlah semula." Arggghh! Nafsu tidurku membuas lagi. Mengantuknyaa. Biarlah. Aku impikan ganjaran 27 kali ganda itu. Aku impikan melalui titian sirat sepantas kilat. Telapak kaki ini mencecah ke lantai simen yang sejuk. Burrr. Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku kerumah Allah yang satu.

Yang mana satu dikau wahai manusia? Pilihlah. Kita serupa. Punyai nafsu. Punyai kawan bernama syaitan. Tapi iman yang membezakan kita. Tinggi ke rendah?? Laratkah kita menjadi singa Allah yang mengaum sedangkan menghalang menguap pun tak mampu?? Sahabat2 seperjuangan, berapa byk nikmat Allah yg kita kecapi hari ini?? Demi Allah! Semuanya tidak terhitung! Apalah salahnya dkorbankan saat kelazatan tidur di kala subuh utk berjemaah?Ingat! Selangkah kita rapat padaNya seribu langkah Allah rapat pada kita. Allahu rabbi. la usyriku bihi ahada!

Monday, January 12, 2009















KeNanGaN kU...
Tahun 2008 berakhir dengan penuh kisah suka dan duka
kerana pada tahun 2008 aku mengenali seorang llaki yg bernama Mohd Badrul Ihsan, insan ini amat istimewa dalam hidup aku kerana dialah lelaki yg betul2 menyentuh hati aku...tapi biarlah aku jer yg taw. saat aku menitipkan kata-kata nie dia dh xde bersama ngan aku...dia dh pegi jauh dr hidup aku...dia dh pegi bertemu dengan Yg Maha Pencipta...aku redha kerana arwah hanya pnjaman semata-mata walaupun dalam hati hanya aku n ALLAH jer yg taw. sygnyer aku kat arwah... smpai ble2 arwah akan kekal dalam ingatan aku krn dia pernah membuat aku gmbira, krn dia pnah buat aku bahagia... hanya doa mampu utuskan utk mengiringi pemergianmu, krn kau satu dalam seribu...

biarlah 2008 berlalu...
skrg aku dh msk sem bru n aku nk mulekan sem nie dengan semangat baru...
aku xnk menangis lagi wpon kadangkala sukar utk aku smbunyikan prasaan nie...
aku berterima ksh sgt2 kat kwn2 yg bnyk bg skongan kat aku...time aku pegi ziarah arwah hari 2pon, kwan2 bnyk sgt tlg aku. rse cam tak tbalas jase korg sume... hanya Allah jer yg dapat membalasnyer.

wpon arwah dah xde...tp aku still ade fmily die...
thnks kak ain sebb bnyak bg smngat kat ya. umi ngan abah pon baik sgt, dh jd cam mak n ayah aku...kadang2 bile aku tngok abah arwah, aku tringat kat arwah ayah aku...alhamdulillah bile tngok abah hilang rndu aku kat arwah ayah... nadia pon same, dh jd cam adk aku...aku pon xtaw knape bgtu cpt aku boleh jd srpat n smesra ni ngan dieorg... tp aku bersyukur sgt, nikmat yg ALLAH bg kat aku nie berharge sgt2, n aku dh anggap dieorg cam fmily aku dunie n akhirat same cmane aku sygkan fmily aku yg sbnr....















SaHaBaTkU TeRsAyAnG...

sahabatku...
tanpa kalian aku lemah....
krn kalian amat bermakna dlm hidupku...
saat aku gembira kalian berada di sisi...
saat aku berduka kata-kata kalian memberikan kekuatan...
sesungguhnya persahabatan ini memberikan seribu makna....
makna yg sukar diungkapkan dengan kata-kata...
dunia akhirat segala kenangan n pengorbanan kalian akan sentiasa tersemat di hati...
kerana kalianlah sahabat sejati...