Tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui ujian dan dugaan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama insan dan hanya hati yang pernah diduga sahaja yang mampu menghargai apa yang telah disuratkan oleh Illahi.

Tuesday, January 13, 2009

TAKDIR PENENTU by Mirwana

Dikau …membuat hidupku ceria
Dengan senyummu ku memuja kebesaran
Tuhan Yang Maha Esa

Bahgia..ku rasa tika bersamamu
Tiada apa yang dapat digambarkan
Membawa sinar baru

Janjimu kepadaku
Sentiasa disisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu

Namun…kan ku teruskan hidup ini
Kan ku buktikan segala cita dan janji
Suatu hari nanti

Janjimu kepadaku
Sentiasa disisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu

Sukar untuk kutemui lagi
Insan mulia yang sejati
Suka dan duka bersama kita lalui

Namunku kan terus
Cita kita janji kita
Walau kau tiada di sisiku lagi
Menempuhi segalanya
Kan ku teruskan jua
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu

renungkanlah...Realiti Subuh Masa Kini oleh oleh ibnu_dzulkhefli

Subuh.. Sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Namun, kemerduan suara itu seolah-olah mendodoikan aku yang sedang lena diulit mimpi. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Tapi, Dwi gabungan pakatan kejahatan, syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telingaku, disumbatnya rongga telinga itu dengan bisikan-bisikan jijik, "Alangkah enaknya kalau kau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah.. Kau penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari sesuap nasi.. Apa salahnya kau berehat sedikit?"

Biasa dengar alasan ini? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku? Usah tipulah. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai kawan bernama syaitan.. Punyai hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini. Syaitan bukan setakat bertepuk tangan, bersorak, menari, berguling, ketawa meraikan kecemerlangan mereka. Usaha mereka membuahkan hasil. Muslim tadi kembali menarik kulit babi yang tadinya terselak sedikit. "Biarlah.. Aku penatlah hari ini.."

Disatu tempat yang lain, sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Kemerduan itu bagaikan hembusan yang amat kuat menerpa telingaku. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Lalu, aku bingkas bangkit. Digosok-gosok mata ini. Terkebil-kebil ke kiri. Terkebil-kebil ke kanan. Alhamdulillah. Syukur. Allah tiupkan roh ku kembali pada tubuhku. Lenguh rasanya badan ini. Sengal di sini. Sengal di sana. Penatnya seharian berkerja semalam masih tak hilang lagi. Pakatan tanpa senjata itu muncul lagi, Syaitan memulakan rutinnya seperti biasa. "Dah tahu penat tu tidur jelah. Rehatkan dirimu dulu wahai manusia. Badanmu lenguh, penatmu masih belum hilang lagi. Tidurlah dulu. Kemudian bangunlah semula." Arggghh! Nafsu tidurku membuas lagi. Mengantuknyaa. Biarlah. Aku impikan ganjaran 27 kali ganda itu. Aku impikan melalui titian sirat sepantas kilat. Telapak kaki ini mencecah ke lantai simen yang sejuk. Burrr. Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku kerumah Allah yang satu.

Yang mana satu dikau wahai manusia? Pilihlah. Kita serupa. Punyai nafsu. Punyai kawan bernama syaitan. Tapi iman yang membezakan kita. Tinggi ke rendah?? Laratkah kita menjadi singa Allah yang mengaum sedangkan menghalang menguap pun tak mampu?? Sahabat2 seperjuangan, berapa byk nikmat Allah yg kita kecapi hari ini?? Demi Allah! Semuanya tidak terhitung! Apalah salahnya dkorbankan saat kelazatan tidur di kala subuh utk berjemaah?Ingat! Selangkah kita rapat padaNya seribu langkah Allah rapat pada kita. Allahu rabbi. la usyriku bihi ahada!