Tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui ujian dan dugaan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama insan dan hanya hati yang pernah diduga sahaja yang mampu menghargai apa yang telah disuratkan oleh Illahi.

Thursday, December 15, 2011

Bila kebosanan....

Salam, hari ni tringin untuk mngupdate blog yg telah sekian lama ditnggalkan. Mgkin ni adalah salah satu cara yg bkesan untuk mngurangkan kbosanan dan menambahkan pengtahuan yg lebih brguna...

Walau bagaimanapun, alhamdulillah saya telah berkesempatan untuk pulang ke kg halaman suami di Kota Tinggi, Johor untuk melawat saudara mara di sana. sangat seronok kerana itulah kali pertama saya berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga besar suami terutama nenek dan saudara-mara walaupun setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang.

Sangat menghargai layanan yang diberikan oleh keluarga di sana, sehingga saya rasa disambut seperti orang yang baru mendirikan rumah tangga. Insyaallah sekiranya mempunyai kesempatan saya ingin berkunjung lg ke sana...


0 comments: