Tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui ujian dan dugaan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama insan dan hanya hati yang pernah diduga sahaja yang mampu menghargai apa yang telah disuratkan oleh Illahi.

Sunday, April 12, 2009

LEMBAGA KAUNSELOR

BAHAGIAN III

LEMBAGA KAUNSELOR

11. Maka adalah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang hendaklah dikenali sebagai "Lembaga Kaunselor" yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini,

Undang-Undang Malaysia AKTA 580

boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai-janjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

12. Fungsi Lembaga adalah

(a) menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling;

(b) menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia;

(c) mengawalselia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap
kaunseling yang akan diadakan di Malaysia;

(d) menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan di bawah Akta ini;

(e) menentukan standard program latihan kaunseling;

(f) membuat syor kepada Kerajaan berhubungan dengan standard perkhidmatan kaunseling;

(g) mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan;

(h) mengawalselia fee yang boleh dikenakan oleh kaunselor berdaftar bagi perkhidmatan kaunselingnya;

(i) melantik anggota-anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion kaunseling;

(j) mengawalselia tatakelakuan profesion kaunseling, termasuklah menetapkan kod etika bagi profesion kaunseling; dan

(k) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Kaunselor

13.

(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(b) seorang Presiden, yang hendaklah dilantik daripada kalangan kaunselor berdaftar;

(c) seorang wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(d) seorang wakil Kementerian Pendidikan;
(d) seorang wakil Kementerian Kesihatan;
(e) seorang wakil Jabatan Kemajuan Islam;
(f) seorang wakil Jabatan Perkhidmatan Awam;
(g) seorang wakil Kementerian Dalam Negeri;
(h) tiga orang wakil institusi pendidikan tinggi; dan
(i) enam orang kaunselor berdaftar.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah dilantik oleh Menteri bagi -tempoh tidak melebihi dua tahun dan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, sebagai pengerusi;

(b) sembilan orang yang mewakili pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion kaunseling; dan

(c) seorang yang mewakili institusi pendidikan tinggi.

(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.

(4) Pendaftar hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Lembaga.

(5) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, meminda Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia AKTA 580

14. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pengkhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

15. Tiap-tiap anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya dan tiap-tiap pegawai, pengkhidmat atau ejen Lembaga, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pengkhidmat atau ejen Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

16.

(1) Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa dan maklumat. penyata, laporan, akuan maklumat mengenai harta dan aktiviti-aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri.

(2) Tanpa m

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

17. Lembaga boleh melantik seorang peguam bela dan peguam cara untuk memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding sivil bagi pihaknya.

enjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

0 comments: